Isnin, 11 Julai 2011

masa berlalu begitu pantas...hmmm..:/

lagu ni ditujukan khas untuk org yg shuk syg sgt2 dihati ni...
susah nk  terime, bhw si dia akn berpndah sekolah..dn xdpt jmpe dy agi....ermmm...
tp kit0rang dh berjanji nk jmpe lepas dua tahun.....seronoknye rse....
tapi....
b0ley ke shuk hdpi semua ni ????
kuatkah hati ini, nk hdpi semua ni...
haih, tuhan je thu....
lagu kat ats ni mnerangkan segala-galanye yg terungkap dihati ni....hmmmmm...

Jumaat, 1 Julai 2011

rumusan (tajuk: aspek-aspek negatif terhadap kewangan negara dan manfaat mengawal pemberian subsidi

      Petikan membincangkan kesan-kesan negatif terhadap kewangan negara

      Antaranya ialah negara bakal terus menanggung defisit yang semakin meningkat. Selain itu, ia akan menambah bebanan kewangan berpanjangan kepada kerajaan. Melalui subsidi juga, rakyat tidak dapat dididik untuk berdikari. Selain itu, ia akan melambatkan aspirasi negara untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Ia juga mengurangkan daya tarikan dalam kalangan pelabur asing menanam modal di negara kita. Selain itu, akan berlakunya penyeludupan barangan keperluan ke negara jiran.

    Kebaikan mengawal pemberian subsidi ialah dapat mempercepatkan kemajuan negara sebelum mejelang tahun 2020. Selain itu, dapat membentuk sikap peribadi dalam diri rakyat.

   Kesimpulannya, semua pihak harus mengambil cara mengatasi  dengan cepat agar negara akan terus maju dapat mencapai wawasan 2020.
                                                                                                       (120 patah perkataan)

ok x..karangan rumusan ni..ape yg patut diperbaik pulihkan ??? arap komen yew...:P
epynyew aku ari ni....
aih..rase mcm bersmgat je nk wat spm nanti..aku nk wat yg terbaik.....
heeeeee~~~
haha ~~ d0akan aku ea..sape yg bce blog ni..:D

Khamis, 30 Jun 2011

mathematics_spm

aish... minat gler aku nan subjek mathematics...xtaw la sjak ble...mgkn sejak aku drjah 6 aku minat sbjek math.....igt ckgu aku yg pertame watkan aku math dpt A dlm upsr...iaitu ckgu Azian...ckgu yg paling aku syggg sekali........trima kasih ckgu..kerane watkan sy lebih trus minat math...
ermmm...
skrg aku tgh c0nfused..mcm mane aku nk bwk add math..sdngkan aku minat pelajaran 2..tp xpnh lulus....aish....nmpknye..kne la aku berusaha sendiri utk dpt wat yg terbaik dlm spm n trial ni....kne byk tye pd ckgu2 aku..kalo aku perlukan kemajuan.......
aku minat chemistry..memang aku minat sgt3.....aku minat lah....
aisey...tapi...
dh second time aku gagal...perh....rase mcm nk jerit je.....
tp xpe..mse ade ag, utk aku jd lebih baik.......
insyaAllah...
physics bley dikatekan minat lah....ade la sikit.....aku cbe nk kuasai physics dgn lebih baik.....
wala0pun jrg lulus......aku cube agi.....
aku xsuke biology...xtaw nape..memang xminat..xminat..xminat..aish....ermmmmm.....

yg aku taw..minat aku lebih cendrung kepada IT...
n aku nk msuk dlm bidang sains komputr....itulah matlamat aku....muktamad......:D

Rabu, 29 Jun 2011

SPM 2011

BAHASA MELAYU-A
MATHEMATICS-A
PEND. ISLAM-A
CHEMISTRY-A
ADD MATH-A
PHYSICS - B
SEJARAH - B
ENGLISH- C
BIOLOGY-C

ni target aku..entah betul entah tdak aku tak tahu..bergantung pd usaha aku....

aku keliru. . .???

aku keliru dngan diri aku sekarang...adakah aku buat semua ni betul ??? betul ke tindakan aku, skarang ni.....
bila aku nk berubah..ade je dtg yg nk halang aku.....sekuat mane la aku ni....aku cri org yg luar dri keluarga aku...supaya nk dgr segala keluhan aku....rintihan aku..masalah aku......
ermmm....
ape salah aku ????
bkn aku x pk mase dpan aku..spm aku..bknnye aku ni xthu spm is the future utk diri aku..keluarge aku....
ermmmm...
mngape semua ni berlaku kat aku . . . . .

Ahad, 19 Jun 2011

insan yg telah bnyk mendorongku....

inilah insan yg sentiase melatih aku menjadi seorang insan yg berguna...
insan yg paling bermakne buatku....
setelah 17 tahun ibuku pergi meninggalkan aku....dn skarang yg digmbr itu adalah pengganti bg ibuku yg telah menjage aku 14 tahun lamenyew....lame kan ??? ermmm..mudah-mudahan spm ni...dpt membanggekan ibu bape ku.....:)

Khamis, 16 Jun 2011

rindu gler kat the thinkers . . . .

kenangan brsama walid nan kwn...perh !!! best gler la.....mcm2 kit0rang kongsi kat sne..  suke duka..bersama...ahhhh !!! cpatnye mse berlalu...harap dpt  jmpe nan korang semua kembali......
good luck for spm kwn2 ku......miss u all...... :)

Rabu, 4 Mei 2011

jaga lah hati pasangan anda

PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.
Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.
Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.
Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.
Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.
Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”. Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.
Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.
Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.
Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.
Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.
Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.
Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.
Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.
Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.
Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.
Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.
Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.
Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.
Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.
Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.
Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.
Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.
Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.
Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

Jom Chat!


ShoutMix chat widget